Total Pageviews

Saturday, 9 April 2011

Kelas Terjemahan Lafziyyah





bismi7

KERTAS KERJA

 PROGRAM TERJEMAHAN LAFZIYYAH



1.0       RASIONAL


Program ini diberi nama ”terjemahan lafziyyah” yang bermaksud terjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu dalam bentuk perkataan satu persatu. Terjemahan yang tepat dan diiktiraf diambil dari kitab-kitab terjemahan al-quran yang muktabar dan kamus yang terbilang. Bahan yang diterjemah dalam sesi pengajian ialah surah-surah lazim, kalimah-kalim Arab dalam solat bermula dari niat, takbiratulihram sehingga memberi salam, mengangkat wuduk serta doa-doa yang berkaitan dan harian.
Kelas pengajian sebigini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan kata lain melalui program ini para peserta akan dapat menghayati amal ibadah, kerana mereka memahami setiap kalimah arab yang disebut. Justeru itu, dapat melahirkan hamba Allah yang khusyuk dan konsistensi dalam meneruskan amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini.

2.0          MATLAMAT


Matlamat program ini adalah untuk memahami dan menghayati ibadah terutamanya solat dalam kehidupan seharian melalui ;

2.1          Aktiviti pembelajaran yang berkesan dan munasabah
2.2          Mempermudahkan peserta mempelajari bahasa Arab agar tidak jemu dan tidak merumitkan.
2.3          ketekunan dan konsisten dengan kelas pengajian.
2.4          mengakui bahawa bahasa Arab perlu difahami terutama dalam mengerjakan ibadah.


3.0       SASARAN

Sasaran program ini adalah untuk semua muslimin dan muslimat yang berminat.


4.0     PELAKSANAAN


4.0        kelas diadakan 1 kali seminggu dengan jadual berkala. 
4.1          Satu sesi pengajian dalam kelas adalah selama sejam.
4.2          Pengajian adalah mengikut silibus yang telah disusun. Teori dalam bentuk penulisan     (tiada bahan bercetak disediakan) dan praktikal dalam bentuk komunikasi dua hala.
4.3         Para pelajar akan menyalin sendiri bahan pengajian mereka dan teknik ini lebih   berkesan.
4.4       Jumlah pelajar adalah antara 10 hingga 40 orang.
4.5       kelas diakhiri dengan sesi soal jawab.






 5.0         Silibus pengajian


Adalah seperti dalam Lampiran 1 .


  6.0        Keperluan kelas

           
Sila sediakan meja dan kerusi untuk tenaga pengajar. Begitu juga jika dikira sesuai kepada para peserta. Sekiranya kelas  diadakan dalam dewan yang besar alat pembesar suara diperlukan. Papan putih diperlukan untuk menulis bahan berkaitan.

7.0       Tempoh pengajian


Terdapat 12 tajuk  (12 jam) yang disusun dalam silibus pengajian terjemahan lafziyyah. Setiap satu sesi pengajian adalah untuk satu tajuk (1 jam). Bermakna 12 tajuk tersebut perlu dihabiskan selama 3 bulan sahaja (sekiranya kelas yang disusun seminggu sekali dengan jadual berkala).

            8.0         Latar belakang tenaga pengajar
                       
                        Adalah seperti dalam Lampiran 2.

 


9.0       PENUTUP




Semoga usaha ini diberkati Allah.