Saya rasa ramai yg dah salah faham tentang waktu haram solat ini. Email tentang perkara ini telah diforwardkan kepada ramai org, dan saya rasa ramai yang mengambilnya bulat-bulat tanpa menyelidikinya.
Biar saya kongsi sedikit ilmu ini:
Waktu2 ditegah solat adalah:
1. Sesudah solat subuh hingga terbit matahari. [kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram].
2. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
3. Ketika matahari tegak diatas kepala kecuali pada hari jumaat.
4. Selepas solat Asar [kecuali di Tanah Haram].
5. Ketika matahari kemerahan diwaktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. [kecuali di Tanah Haram]
Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Pada Waktu ini?
Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu;
1. sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih
2. sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.
Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misalnya:
1. sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat,
2. sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’,
3. sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan,
4. sembahyang Hari Raya,
5. sembahyang Dhoha,
6. sembahyang sunat Thawaf,
7. sembahyang sunat Wudhu,
8. sembahyang sunat Tahiyatul Masjid,
9. sujud Tilawah dan sujud Syukr
10. dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.
Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Pengecualian Larangan Bersembahyang Pada Waktu-Waktu Larangan
Dalam mazhab Syafi‘ larangan bersembahyang pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut:
1.Hari Jumaat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat.
Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya yang maksudnya:
"Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: "Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat".
(Hadis riwayat Abu Daud)
2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sabda Baginda yang maksudnya :
"Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang"
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Hadith solat awal waktu:
Harap jgn ada yg keliru dgn hadith2 mengenai solat awal waktu. Ianya tidak boleh digunakan utk menghukum waktu haram solat (melainkan utk solat2 di atas).
Hadith2 sohih ini adalah:
Sabda Nabi SAW :
1. Ertinya : Solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah .
(Riwayat At-Tirmidzi tetapi Al-Albani menyatakannya hadith Maudu’) . Imam As-Syafie berkata : “Redha Allah kerana solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah ‘keampunan Allah’ seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.
2- Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya”
( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)
3. Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)
4. Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
5. Nabi SAW bersabda : Ertinya “ Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”
( Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
6. Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya”
( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu,.Terlebih dahulu ,berikut adalah pandangan empat mazhab :-
Mazhab Hanafi : Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal. Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.
Mazhab Maliki : Sebaik-baik waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mereka berdalilkan kepada hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab Syafie : Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.
Mazhab Hanbali : Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.
Kesimpulan : Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada masalah2 lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya