Total Pageviews

Tuesday, 12 April 2011

imam syafie melarang TAHLILAN




MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT

BERTAHLIL
merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan
kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu
tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada
ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau
Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat
dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat
di kalangan orang Islam.
Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam
sama ada yang benar-benar mengikut mazhab imam Syafie atau mereka yang hanya
mengikut-ikut sahaja, adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya
dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak
pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini
termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju
dengan amalan bertahlil dan doa selamat. Terdapat juga ulama-ulama yang
berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah
sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Qur'an (pada surah
an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi serta para sahabatnya).
Di bawah ini dibawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safieyah
berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari
kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith.

1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,

"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka
pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan
sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya
mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu
tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."
Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud,
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal
usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk
simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab
ada mengatakan,

"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk
seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati
atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali
oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"
(as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang
telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.

2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata
sebagai,

"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun
berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu
baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai
kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya.
Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh
amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak
memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri." (Al-Haitami,
al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,

"Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang
telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya
sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk
dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada
orang lain."
(Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,

"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an
(yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada
mayat yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ; 236)

5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut,

"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha
orang lain." (Tafsir Jalalain : juz 2, hal ; 197)

6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil Azim telah menafsirkan
surah an-Najm ayat 39 sebagai,

"Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain,
begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang
pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah
an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah
mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada
mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan
daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu
`alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan
(pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan
bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.
Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut
tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan,
tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan
korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga
terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan
sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan
qias-qias atau pendapat-pendapat ulama."

Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan
bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu,
ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu
pandangan yang teguh iaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si
mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.
Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan
sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu
merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat
melarang umatnya supaya tidak membazir.
Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah
SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi Sallallahu
`alaihi wasallam yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati,
segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu
bapanya.
Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini
timbul pula masalah lain iaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut,

"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi fulan."

Maksudnya, "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada
roh si Fulan."

Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat,
pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang
dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah
an-Najm ayat 39.
Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi
Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan
kepada seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang melanggar syariat
Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala
dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si
Fulan. Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?

Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie

BAB KEDUA
DOA SELAMAT UNTUK KEMATIAN

DOA selamat boleh digambarkan dengan berkumpul bersama-sama (keluarga dan
masyarakat sekampung atau lain-lain) dengan dihidangkan makanan oleh
keluarga yang mengalami kematian. Ianya dilakukan di rumah keluarga yang
mengalami kematian pada hari kematian atau hari kedua, ketiga, ketujuh,
keempat puluh, keseratus atau sebagainya.
Sebenarnya, apabila diperiksa, dirungkai dan diperhatikan satu persatu di
dalam kitab-kitab Syafi'yah sama ada pada kitab Fiqh, tafsir mahu pun
syarah-syarah hadith, amalan doa selamat telah ditemui di situ bahawa ianya
adalah amalan yang dilarang atau dengan kata lain ialah haram.
Hal ini sebenarnya belum diketahui oleh ramai pengikut mazhab Syafie di
kalangan kita sendiri. Jika ada yang tahu, tentu jumlahnya hanya segelintir
sahaja. Oleh itu, mari kita ikuti bersama bagaimana pandangan ulama-ulama
mazhab Syafie di dalam hal ini.

1. Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga
mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk
bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang
membanterasnya akan diberi pahala." (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in :
juz 2, hal 145)

2. Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian
sepertimana yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm,
"Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat)
meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan
kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

3. Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi,
"Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan iaitu keluarga mayat
menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu
perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti
berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith
sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap
bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk
jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) iaitu
haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

4. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga ada mengambil keterangan sahih di
dalam kitab Bazzaziyah iaitu,
"Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama
(kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke
tanah kubur secara bermusim-musim." (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

5. Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan,
"Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai
berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak
disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang
sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa
berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan
makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah
(meratapi mayat) iaitu haram."
(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

6. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,
"Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antara bid'ah yang mungkarat (yang
tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang
telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, iaitu apa-apa yang
telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan
yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul
di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di
tanah kubur."
(Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)

7. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi iaitu kitab al-Majmu' syarah
Muhazab, ada menyebutkan,
"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan
berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama
sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

8. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga turut mengambil keterangan di
dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj yang berbunyi seperti berikut,
"Dan di antara bid'ah mungkarat yang tidak disukai ialah sesuatu perkara
yang sangat biasa diamalkan oleh individu iaitu majlis menyampaikan rasa
duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan majlis untuk
kematian pada hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

9. Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga ada mengambil lagi
keterangan daripada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi,
"Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan
makanan untuk mengundang orang ramai ke rumah keluarga kematian merupakan
bid'ah yang dibenci sebab ada hadith yang telah diriwayatkan oleh Jarir
yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam)
menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga
tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama dengan hukum
niyahah iaitu haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

10. Pengarang kitab tersebut mengambil lagi fatwa dari mufti mazhab
Syafie, Ahmad Zaini bin Dahlan,

"Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahawa mencegah umat daripada perkara
bid'ah mungkarat ini sama seperti halnya menghidupkan sunnah nabi
Sallallahu `alaihi wasallam. Mematikan bid'ah seolah-olah membuka pintu
kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya kerana
orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka
berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

11. Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah menyatakan,
"Dan di antara bid'ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh
individu iaitu menyembelih haiwan-haiwan di tanah kubur tempat mayat di
tanam dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang
datang bertakziah."
(Abdurrahman al-Jaza'iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba'ah, juz 1, hal 539)

Demikianlah di antara pendapat-pendapat para ulama Syafi'iyah berkenaan
doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakatbahawa amalan
tersebut adalah bid'ah mungkarat atau bid'ah yang dibenci.
Dasar hukum yang mereka ambil (mengikut kata sepakat atau ijma' para
sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) ialah haram hukumnya mengamalkan
amalan tersebut.
Bukankah lebih baik jika tuan rumah kematian menggantikan kenduri doa
selamat untuk kematian atau lebih mudah disebut sebagai kenduri arwah kepada
satu amalan bersedekah kepada ahli faqir dan miskin. Sebabnya ialah, jika
kenduri tersebut diniatkan untuk bersedekah makanan kepada orang yang
menjamu hidangannya, kebanyakan orang yang hadir di dalam jamuan tersebut
tentunya di kalangan orang yang berkemampuan dan sudah tentu sedekah
tersebut kurang bererti bagi mereka atau tidak bererti sama sekali.
Tambahan pula, jika amalan tersebut diniatkan sebagai amalan bersedekah,
maka akan terjadilah satu amalan yang mencampuradukkan antara yang hak dan
yang batil kerana amalan tersebut melibatkan dalam dua hal iaitu, ia
diniatkan sebagai bersedekah iaitu amalan yang disukai agama dan dalam masa
yang sama, berkumpul di dalam satu
majlis jamuan yang telah diadakan di rumah kematian pula adalah satu
perkara yang amat dilarang oleh agama atau disebut haram.
Mengirimkan pahala bacaan tahlil itu juga merupakan satu amalan yang
sia-sia. Oleh itu, kedua-duanya sama sekali tidak boleh dilakukan kerana
telah mencampuradukkan yang hak dan yang batil.


HUJAH DARI KITAB-KITAB JAWI

Selepas pembentangan pendapat-pendapat ulamak dari 4 mazhab , penyusun bentangkan pula pendapat ulamak kita dalam mazhab syafie yang ditulis dalam bhasa melayu lama tulisan jawi. Ulamak besar yang berkemampuan tinggi didalam agama dan bahasa arab ini banyak mengarang kitab-kitab agama dalam bahasa
melayu tulisan jawi. Kebanyakan kitab-kitahb karangan mereka menjadi rujukan utama kepada penuntut-penuntut di madrasah-madrasah pondok pada zaman dahulu dan malah sehingga sekarang.

Kitab Furuk al-Masail

Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah:

“Hukumnya makruh, di cela oleh syara’, amalan yang dibuat oleh orang ramai apa yang dinamakan kifarat dan wahsyah (maksudnya apabila keluarga si mati terputus dengan orang yang dikasihinya, mereka merasai dukacita, kesunyian, kesepian dan sebagainya. Lalu mereka berhimpun dan memberi makan kepada orang
ramai seperti yang tersebut itu.) iaitu berkumpul dan berhimpun serta memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.

Teks atau nas asalnya berbunyi:

:”Dan demikian lagi yang dikerjakan manusian dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarat dan dairpada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 harinya dan 20 dan 40 dan umapamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus? (maka
dijawabnya)

Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syara’ kerana tegah pada syarak kata syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya”

(Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Furu’ al-Masail Juzuk 1 halaman 183)

Dari kitab Sabil al-Muhtadin:

Ringkasan dari kitab ini ialah:

a) Hukumnya bid’ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan.

b) Juga hukumnya makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan menghadirinya.

Nas asalnya berbunyi:

“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makan yang diserukannya manusia atas memakan dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian olagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan.”

(Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, juzuk 2 halaman 83)

Dari Kitab Kasyfu al-Latsam:

Ringkasan dari kitab ini ialah:

a) Hukumnya makruh, dicela oleh syarak bila ahli si mati memberi makan kepada
orang ramai sebelum atau selepas pengkebumiannya mayat.

b) Hukumnyua makruh, dicela oleh syarak, membuat penyembelihan di kubur.

c) Hukumnya makruh, dicela oleh syara’, apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.

Nas atau teks asalnya berbunyi:

“Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarat dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian
daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut i tu makruh yang dicela oleh syara’ kerana tegah pada syara.”

(Kitab Kasyf al-Latsam, juzuk 1 halaman 85)

Dari Kitab Bughyatu al-Tulab:

Ringkasan dari kitab ini antara lain ialah:

a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

b) Hukumnya makruh dan bid’ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian mayat.

c) Hukumnya bid’ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.

d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

“Buatlah kamu makan kepada ahli Ja’far, sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang engharukan mereka.”

Teks asal kitab berbunyi:

“Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekali pun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh2 akan mereka itu suruh memakan
kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu….

dan makruh lagi bid’ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia
memperkenakan seruannya.

dan setengah daripada qabihat lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarat dan wahsyah dan 7 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu….

Ada pun asal sunat mensediakan makanan itu pada barang yang dahlunya sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, tatkala datang khabar kematian saidina Ja’afar bin Abu Talib pada perang mu’tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja’afar makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang embimbangkan mereka itu. “

( Syeikh Daud bin Abdullah alFatani Bughyatu al-Tulab, Juzuk 3 Halaman 33-34)

Dari Kitab Bahru al-Mazi

Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenan antara lain
seperti berikut:

a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan di ikuti dari Nabi (sallallahu alaihi wasallam) dan dari sahabatnya.

b) Hukumnya bid’ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu akanan itu kepada mereka kerana berpandu kepada hadis Jarir bin Abdullah katanya:

“Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian.”

c) sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Dan berkata Imam Syafie rahimahullah:

“Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makan kepada ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan golongan yang baik-baik.

(Bahru al-Mazi, juzuk 7 halaman 129-130)

______________________________________________________________________

Hukum Talkin

بسم الله الرحمن الرحيم

Talkin ialah memberi peringatan kepada orang yang telah mati dan orang yang masih hidup pada umumnya, sebagaimana yang ditegaskan didalam Al-quran.

{وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنبن}

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faidah kepada orang2 yang beriman

Menurut huraian ulama’, sunat membaca talkin untuk si mati yang balig dan berakal, sesudah dikebumikan, Adapun mayat kanak-kanak, maka tidak disunatkan. telah tersebut didalam beberapa kitab, (sabila muhtadin<2:48>, ianatut talibin<2:139>, nihayatul muhtaj<3:40> dan mugnil muhtaj<1:367>.

Dan dalil talkin ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan tobrani, dan juga ditegaskan didalam athar, (أثر, keterangan dari sahabat-sahabat Nabi atau keterangan dari tabi’n)



;

(عن ضمرة بن حبيب, رضي الله عنه – أحد التابعين – قال : (كانوا يستحببون إذا سوي على الميت قبره وانصرف الناس عن أن يقال عند قبره : يا فلان قل:لا إله إلا الله (ثلاث مرات), يا فلان قل: ربي الله, وديني ألإسلام, ونبي محمد

( رواه سعيد بن منصور)

(Dari Dabrah bin Habib rd, salah seorang dari tabi’n, (orang yang hidup dalam zaman sahabat-sahabat Nabi saw), katanya; “mereka (yang dimaksudkan disini ialah: sahabat2 Nabi yang ada pada zamannya). Suka -memandang baik- supaya -dibacakan talkin- disisi kubur si mati, -setelah dikebumikan dan orang ramai hendak bersurai, iaitu diserukan dengan berkata; “wahai fulan! Sebutlah لا إله إلاالله (tiga kali), kemudian diserukan dengan berkata hai fulan! Sebutlah; tuhanku ialah Allah, dan agamaku ialah islam, dan Nabiku ialah Muhammad.)

Dan dalil yang seterusnya, ialah hadis yang diriwayatkan oleh tabrani , kerana ingin meringkaskan, saya hanya akan mendatangkan terjemahannya sahaja. iaitu:,

Dari Abu Amamah rd, katanya: apabila aku mati, maka buatlah kepada aku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw, kepada kita. (umatnya) supaya kita lakukan kepada orang-orang kita yang mati, kita diperintahkan oleh Rasulullah saw, dengan sabdanya:


“apabila salah seorang dari saudara2 kamu orang islam, mati, lalu kamu –kebumikan dan kamu- ratakan tanah diatas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berada ditepi kepala kuburnya, kemudian hendaklah ia menyeru kepada si mati dengan katanya: ‘wahai fulan anak fulan, (nama ibunya, iaitu hendaklah di ‘bin’kan ibunya, jika diketahui nama ibunya) maka si mati akan mendengar seruan itu, tetapi ia tidak menjawab.

Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata; wahai fulan anak si fulan, maka –pada saat itu- si mati akan bangun duduk, kemudian hendaklah diserukan lagi –untuk kali yang ketiganya- maka si mati akan menyahut dengan berkata; berikan aku peringatan, -supaya aku mudah menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir- semoga Allah memberi rahmat kepadamu –dengan sebab peringatanmu itu- si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari –dan tidak mengetahui keadaannya didalam kubur-.



Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu (yang membaca talkin) berkata; ingatlah saudara, akan iqtikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu, iaitu kalimah syahadah; bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad Muhammad ialah hamba dan pesuruhNya. Dan bahawa saudara telah reda –dan meyakini – Allah ialah tuhanmu, islam ialah Agamamu, Nabi ialah Muhammad Nabimu, dan Al-Quran ialah ikutanmu. –apabila si mati diserukan talkin yang demikian- maka malaikat Munkar da Nakir- masing2 memegang tangan rakannya sambil berkata;” mari kita balik, tidak ada sebab yang menjadikan kita berada di sisi orang yang telah diajarkan dengan jawapan yang betul kepadanya.”

-mendengar hadis itu- seorang sahabat bertanya; ya Rasululah jika tidak diketahui nama ibu kepada mayat itu, lalu baginda menjawab,


“nisbahkanlah dia kepada ibunya HAWA, -sertakanlah dengan menyebut- wahai fulan bin Hawa”,

Ulama’ hadis berlainan fahamannya mengenai hadis ini, ada yang mengatakan hadis ini “hadis doif”, adapun imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, menyebut di dalam kitabnya ‘At-Talkhis’ menegaskan bahawa ‘ isnat hadis ini soheh “hadis soheh”. ibnu Hajar juga menguatkan hadis ini dalam kitabnya ‘‘Al-Ahkam.”

Dengan ini jelaslah bahawa hadis yang berhubung dengan talkin ini ada yang melemahkannya, dan ada pula yang menguatkannya. Kalau pihak yang melemahkannya terdiri dari ahli2 hadis yang terkenal, maka pihak yang menguatkannya (-Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani-) juga ahli hadis yang mashur,. Buah tangannya yang banyak dalam bidang hadis2 Nabi saw, terutama kitabnya ‘fathu al-bari’ syarah soheh bukhari, yang membuktikan ilmunya yang luas dan suatu kajian yang sangat mendalam mengenai ilmu hadis. Penegasan ibnu Hajar ini, sangat penting mengenai hadis talkin ini.

Selain dari itu, pihak yang mengatakan hadis talkin ini ‘hadis doif’, tidak sekata pandangannya, sebahagian tidak setuju dengan talkin, dengan alasan hadis itu hadis doif, kerana mereka menolak hadis yang berisnat dengan isnat hadis yang doif, dan sebahagiannya pula bersetuju, dengan alasan, walaupun hadis itu hadis doif, tetapi jumhur ulama’ dari kalangan ahli2 hadis dan fekah,telah menegaskan, bahawa hadis doif boleh diterima dan dijadikan dalil bagi suatu amalan yang ada kelebihan dan kebaikan:-



(يحتج بالحديث الضعيف فى فضائل الاعمل)


– demikianlah kedudukan masalah talkin mengikut kupahan ahli hadis.

Maka jelaslah bahawa bacaan talkin yang menjadi punca amalan sebahagian besar umat islam, boleh dipegang, seperti diterangkan diatas, dan punca inilah yang menjadi pegangan muktamat didalam mazhab syafie, juga diakui oleh alim ulama’ dari mazhab hambali.,>>>


Maka dengan ini jelaslah bahawa masaalah talkin ini, ialah, masaalah khilafiah, ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ( dengan alasan dan dalil masing2). Dan dengan ini juga nyata bahawa perbuatan sesetengah orang dizaman ini, yang membid’ahkan akan beberapa masalah dari masalah khilafiah ini. Seperti yang tersebut didalam buku2 karangan mereka,

hal ini langsung tidak mendatangkan sebarang kehasilan yang positif, malah perbalahan dan pertengkaran yang tidak akan berakhir, melainkan perpecahan, masaalah khilafiah ini telah wujud sejak zaman sahabat2 da, tabi’n, dan tetap wujud pada zaman kita dan seterusnya, atas beberapa sebab, antaranya ialah berlainan fahaman dalam memahami beberapa dalil2 syar’iyah.

Golonggan yang mudah membid’ahkn suatu amalan yang telah jelas termasuk didalam masaalah khilafiyah, mereka membid’ahkan dengan pengertian ‘bidah dolalah’ dengan kata mereka “ menurut hadis ‘ tiap2 bidah itu sesat dan tiap2 yang sesat itu neraka tempatnya”

Demikian fahaman mereka tentang bidah, yang bukan sahaja tidak dapat diterima oleh akal, bahkan telah ditolak oleh sebahagian besar alim ulama’ ahli hadis dan feqah yang terbilang, dengah penegasan bahawa selama amalan itu tidak bertentangan dengan dasar2 islam, maka ia tidak termasuk dalam golongan “bidah dolalah.

Bidah dolalah itu ialah perkara2 yang menyalahi maksud kitab Allah, sunnah Rasululah saw, athar sahabat2nya, dan ijma’ ulama’,

Demikianlah kesimpulan masaalah bidah, jika kita setuju dengan sesuatu amaln agama dan berpuas hati dengan dalil2nya ( ada dalil syaraknya atau ada perintah2 yang lain yang menyokongnya) maka buatlah. Dan jika kita tidak bersetuju dengan dalil2nya, maka tinggalkanlah, dan janganlah menyalahkan orang lain, itu sahaja jalan yang selamat,.>>>