Total Pageviews

Tuesday, 26 April 2011

Fatwa kerajaan Melaka mengharamkan Syiah


Ke arah Membendung Pengaruh Syi'ah

Keputusan:
  1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;
  2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;
  3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keterangan/Hujah:
Fahaman Syi"ah adalah satu fahaman yang mempunyai pebezaan-perbezaan pokok dengan mazhab Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah)yang diikuti oleh umat Islam di negara ini. Antara fahaman yang jelas bertentangan ialah :
  1. Syi'ah menolak hadith yang tidak diriwayatkan oleh Ahlu Bait, sedangkan ahlu Sunnah wal Jama'ah tidak membezakannya asal saja hadith tersebut memenuhi syarat ilmu mustalah hadith.
  2. Syiah melihat "imam" itu sebagai ma'sum, sedangkan Ahlus Sunnah wal Jama'ah melihatnya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan/dosa.
  3. Syiah tidak mengakui Ijma' tanpa adanya "Imam", sedangkan Ahlus Sunnah wal Ja'ah mengakui Ijma' tanpa mensyaratkan adanya "Imam".
  4. Syi'ah pada umumnya tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman al-'Affan sedangkan Ahlus Sunnah mengakui keempat-empat Khulafa' Rasyidin.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
PMM/0020 Klt. 2. (122)
Akta/Enakmen:
M.P.U. 5